Sunday 5 December 2010

BLOG INI ADALAH UNTUK PROSES P&P

Penderaan Wanita

                                                     wirdaselangor.wordpress.com
wanita sering dikaitkan dengan penderaaan. Ini kerana, wanita dikatakan adalah seorang insan yang lemah. Kebanyakan mangsa dera terutamanya kaum wanita tidak berani untuk mempertahankan hak mereka kerana tidak semua tahu akan hak asasi manusia. Di Malaysia, kementerian wanita, keluarga dan masyarakat adalah badan yang bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan dan melindungi hak wanita. Selain itu, mereka boleh melaporkan penderaan yang berlaku kepada pihak yang berkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia, SUHAKAM dan beberapa badan kebajikan lain.

contoh gambar penderaan yang dilakukan terhadap wanita:
senjaliza.blogspot.com/2009/06/p...tas.html

                                                  www.utusan.com.my/utusan/content...h_01.htm



1) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
KPWKM dipimpin oleh Y.B. Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil (2001 - Februari 2008) sebagai menteri yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya peranan golongan wanita dan institusi kekeluargaan untuk mencapai agenda pembangunan negara. Masyarakat juga diberi kesedaran dan bimbingan dalam aspek pembangunan sosial terutamanya kebajikan masyarakat, bagi mencapai matlamat ke arah mewujudkan masyarakat penyayang dan masyarakat maju selaras dengan Wawasan 2020.
                   laman web: http://www.kpwkm.gov.my/new_index.php?lang=malay

2) women's AID organisation pertubuhan pertolongan wanita
      
peranannya adalah memberi maklumat berdasarkan kenyataan tentang pemilihan perancangan keluarga dalam konteks realiti kaum wanita, terutamanya realiti seperti keganasan rumah tangga.Wanita-wanita yang meminta perlindungan daripada WAO masing-masing mempunyai tahap kesedaran dan
                                         laman web: http://www.wao.org.my/

3)SUHAKAM
SUHAKAM harus menjalankan kajian untuk mengenal pasti jurang antara undang-undang yang
berkaitan dengan keadilan juvana dan perlaksanaan undang-undang tersebut.(http://www.suhakam.org.my/c/document_library/get_file?p_l_id=30217&folderId=39678&name=DLFE-3513.pdf)
                                laman web: http://www.suhakam.org.my/home

4) Pihak Berkuasa: Polis Diraja Malaysia
peranannya adalah untuk menjaga keamanan awam. mangsa dera boleh membuat aduan kepada pihak polis untuk mendapatkan keadilan.

                                                                       laman-seri.blogspot.com


BIDANG NILAI: HAK ASASI MANUSIA
Definisi:

Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan
keluarga, masyarakat dan negara.
( huraian sukatan pelajaran tingkatan 4)

wanita pada masa kini sudah mampu bersaing dan setaraf dengan kaum adam bak kata pepatah tangan yang menghayun buian mampu menggoncang dunia...
wanita juga adalah insan yang perlu dihargai dalam setiap sumbangan yang diberikan dalam pelbagai bidang seperti bidang pembangunan dan kekeluargaan.

contoh:
Dalam bidang politik. Tokoh-tokoh politik seperti Datuk Paduka Rafidah Aziz, Corazon Aquino dan Khaleeda Zia telah membuktikan bahawa mereka mampu menjadi politikus yang baik. Malah, mereka juga berjaya membuktikan bahawa mereka juga dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna.Walau bagaimanapun, kaum wanita hari ini perlulah pandai membahagikan masa mereka antara rumahtangga dan kerjaya. Di samping itu, kaum wanita juga harus mengekalkan sifat-sifat kewanitaan mereka agar selaras dengan hasrat negara yang mementingkan ciri-ciri ketimuran.
(http://sumbanganwanita.tripod.com/)

Sheila Majid - Wanita (New Mix) (Audio Only)